Tuesday, February 23, 2010

Salam Pengenalan

Assalamulaikum w.b.t, Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w pembawa cahaya keseluruh alam…

Alhamdulillah, dengan kurniaNya hamba yang faqir ini dapat memanfaatkan dunia alam maya (cyber) dalam berkongsi sedikit nukilan rasa hati…juga sedikit perjalanan hidup hamba yang boleh dijadikan rujukan untuk isteri tersayang serta para zuriat hamba kelak insyaallah…juga perkongsian ilmu-ilmu yg bermanfaat di dunia dan di akhirat, walaupun sebenarnya hamba ini sangat lemah dan kurangnya ilmu di dada…usaha kecil ini juga di dorong oleh isteri tersayang dan tak lupa dari seorang sahabat hamba…
Diharap saudara dan saudari yang melayari blog ini dapatlah mengambil faedah dan juga tak lupa memberi nasihat kepada hamba ini….akhir salam pengenalan hamba ingin memohon kemaafan terlebih dahulu sekiranya terdapat kesilapan atau menyinggung perasaan saudara pengunjung blog ini kerana itu semua adalah kelemahan, kedhoifan dan kejahilan hamba ini…

Bersempena sambutan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w yang dicintai hamba mulakan blog ini dan semoga beroleh keberkatan…

Ya Allah ku mohon hidayah dan taufik Mu, semoga Kau berkati usaha kecil hamba Mu yang hina ini..amin

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yea,

    Yea = Azran Fariq kaaaa ni???
    wahh ... alhamdulillah, kawan aku sorang ni dah kembali ke pangkal jalan .. walaupun sebelum ni, memang x pernah bergerak2 pun dari pangkal jalan. huhuhu.
    Ok, Yea keep on posting the good info. Insya Allah, segala nya akan diberkati Nya.

    ReplyDelete
  2. Tiada manusia yang lebih Agung selain Nabi Muhammad SAW. Baginda yang Awal. Baginda yang Akhir.

    ReplyDelete