Sunday, May 23, 2010

Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi (Singapura)

Assalamualaikum…hamba ingin menyiarkan satu kisah atau sebahagian manaqib seorang soleh yang sangat2 terkenal, baik di rantau Asia mau pun di seluruh dunia…

Beliau adalah Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi, makam beliau berada di Jalan Palmer Singapura…Beliau merupakan seorang soleh dari keturunan Saidiana Hussain dan dari jalur leluhur Al-Habsyi. Beliau dilahirkan pada 1788 di Kedah iaitu 2 tahun sebelum Fransis Light tiba di Pulau Pinang, ada yang mengatakan ibunya seorang Bugis. Beliau wafat pada tahun 1862 di SIngapura ketika berumur 74 tahun.

Kisah Ayah Habib Nuh – Habib Muhammad Al-Habsyi

Habib Muhammad Bin Ahmad Bin Dawud Al-Habsyi dilahirkan di Hadhramaut dan berhijrah ke Pulau Pinang sehingga beliau wafat dan dimakamkan di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 4 orang anak iaitu Nuh, Arrifin, Zain dan Ahmad Salikin, Habib Nuh adalah anak yang sulung.
Ketika baru sampai di Pulau Pinang, Habib Muhammad akan bejalan bersama ke-empat orang anaknya ke mana sahaja kerana beliau tiada rumah. Mereka sering menumpang di rumah2 orang untuk tidur malam…Setiap hari beliau akan berjalan sambil membawa sebuah guni kecil yang berisi periuk dan beras. Jika tiba waktu makan, beliau akan berhenti masak dan memberi anak2 beliau makan termasuklah Habib Nuh (Singapura) yang ketika itu masih kecil..Allahu Allah…lihatlah betapa tinggi perjuangan ulama2 dahulu…
Pada suatu ketika Habib Muhammad dihadiahkan sebuah pondok kecil untuk dijadikan sebagai rumah. Maka tinggallah keluarga ini didalam pondok kecil itu. Habib Muhammad sering keluar pada waktu malam, satu hari ketika pulang beliau bertemu dengan orang yang sedang mengendap sebab hendak mencuri di pondok beliau dan di sapa oleh beliau;

Habib Muhammad : “Bikin apa ini?”
Pencuri : “Hendak mencuri.”
Habib Muhammad : “Kenapa?”
Pencuri : “Lapar!”

Lalu dengan sifat belas kasih, Habib Muhammad bekata “ Jangan mencuri,” dan memberikan 2 sen kepada pencuri tersebut.
Memang pada ketika itu banyak pencuri, orang susah, orang miskin di sekitar kawasan tersebut, Habib Nuh mempelawa mereka kepondoknya, lalu diberi makan dan kediaman sementara. Kemudian setelah berepa ketika lama kelamaan, pondok Habib Muhammad menjadi rumah tumpangan untuk orang2 yg susah, pencuri dan miskin juga tempat orang2 yang tiada pekerjaan. Habib Nuh yang masih kecil itulah yang mengajar semua orang-orang yg menumpang di rumahnya sehingga menjadi orang yang baik. Lalu, perbuatan Habib Muhammad ini tersebarlah keseluruh kampung dan ke kampung yang lain. Ramai orang yang memerlukan pekerja akan datang berjumpa Habib Muhammad untuk mendapatkan pekerja yang baik. Akhirnya bekuranglah bilangan pencuri yang asalnya ramai di kawasan sekitar kampung.

Cerita ini pun tersebar lebih luas sehingga ke pengetahuan gabenor British ketika itu. Gabenor menyiasat perbuatan Habib ini dan didapati benar. Gabenor cukup gembira dan meminta agar Habib Muhammad terus tinggal di Pulau Pinang dan memberikan hadiah kepadanya 30 ringgit sebulan . Allahu Allah, lihatlah berkat beliau memberi 2 sen kepada seorang pecuri beliau di balas Allah 30 ringgit sebulan, tentunya nilai tersebut tinggi ketika itu..berkat beliau menolong dan belas kasihkan seorang pencuri……inilah sifat2nya seorang wali dan kelak anak2nya pun menjadi wali, sifat kasih dan cintakan umat Saidina Muhammad Rasullullah S.A.W…Allahu Allah

Banyak lagi cerita mengenai kewalian dan kekeramatan Habib Nuh yang tidak boleh diragukan lagi kewalian beliau… untuk mengetahui lebih mengenai cerita Habib Nuh sila ke link:

Habib Nuh Al Habsyi


Di sini hamba siarkan gambar2 makam Habib Nuh, ihsan dari seorang sahabat hamba yang telah menyertai rombongan ke Singapura untuk menghadiri Majlis Hol Habib Muhammad Bin Salim Bin Ahmad Al-Attas di Masjid Ba’alawi,Singapura, kelolaan Al-Jenderami Tours pada 14, 15, & 16 April 2010..semoga Allah berkati beliau dan keluarga beliau..Amin










Ya Allah jangan kau haramkan kami dari menziarahi, mendapingi Kekasih-Kekasihmu, semoga dengan berkah mereka kau redailah kami, kau berkatilah kami, kau rahmatilah kami..Amin

No comments:

Post a Comment