Sunday, May 23, 2010

Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi (Singapura)

Assalamualaikum…hamba ingin menyiarkan satu kisah atau sebahagian manaqib seorang soleh yang sangat2 terkenal, baik di rantau Asia mau pun di seluruh dunia…

Beliau adalah Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi, makam beliau berada di Jalan Palmer Singapura…Beliau merupakan seorang soleh dari keturunan Saidiana Hussain dan dari jalur leluhur Al-Habsyi. Beliau dilahirkan pada 1788 di Kedah iaitu 2 tahun sebelum Fransis Light tiba di Pulau Pinang, ada yang mengatakan ibunya seorang Bugis. Beliau wafat pada tahun 1862 di SIngapura ketika berumur 74 tahun.

Kisah Ayah Habib Nuh – Habib Muhammad Al-Habsyi

Habib Muhammad Bin Ahmad Bin Dawud Al-Habsyi dilahirkan di Hadhramaut dan berhijrah ke Pulau Pinang sehingga beliau wafat dan dimakamkan di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 4 orang anak iaitu Nuh, Arrifin, Zain dan Ahmad Salikin, Habib Nuh adalah anak yang sulung.
Ketika baru sampai di Pulau Pinang, Habib Muhammad akan bejalan bersama ke-empat orang anaknya ke mana sahaja kerana beliau tiada rumah. Mereka sering menumpang di rumah2 orang untuk tidur malam…Setiap hari beliau akan berjalan sambil membawa sebuah guni kecil yang berisi periuk dan beras. Jika tiba waktu makan, beliau akan berhenti masak dan memberi anak2 beliau makan termasuklah Habib Nuh (Singapura) yang ketika itu masih kecil..Allahu Allah…lihatlah betapa tinggi perjuangan ulama2 dahulu…
Pada suatu ketika Habib Muhammad dihadiahkan sebuah pondok kecil untuk dijadikan sebagai rumah. Maka tinggallah keluarga ini didalam pondok kecil itu. Habib Muhammad sering keluar pada waktu malam, satu hari ketika pulang beliau bertemu dengan orang yang sedang mengendap sebab hendak mencuri di pondok beliau dan di sapa oleh beliau;

Habib Muhammad : “Bikin apa ini?”
Pencuri : “Hendak mencuri.”
Habib Muhammad : “Kenapa?”
Pencuri : “Lapar!”

Lalu dengan sifat belas kasih, Habib Muhammad bekata “ Jangan mencuri,” dan memberikan 2 sen kepada pencuri tersebut.
Memang pada ketika itu banyak pencuri, orang susah, orang miskin di sekitar kawasan tersebut, Habib Nuh mempelawa mereka kepondoknya, lalu diberi makan dan kediaman sementara. Kemudian setelah berepa ketika lama kelamaan, pondok Habib Muhammad menjadi rumah tumpangan untuk orang2 yg susah, pencuri dan miskin juga tempat orang2 yang tiada pekerjaan. Habib Nuh yang masih kecil itulah yang mengajar semua orang-orang yg menumpang di rumahnya sehingga menjadi orang yang baik. Lalu, perbuatan Habib Muhammad ini tersebarlah keseluruh kampung dan ke kampung yang lain. Ramai orang yang memerlukan pekerja akan datang berjumpa Habib Muhammad untuk mendapatkan pekerja yang baik. Akhirnya bekuranglah bilangan pencuri yang asalnya ramai di kawasan sekitar kampung.

Cerita ini pun tersebar lebih luas sehingga ke pengetahuan gabenor British ketika itu. Gabenor menyiasat perbuatan Habib ini dan didapati benar. Gabenor cukup gembira dan meminta agar Habib Muhammad terus tinggal di Pulau Pinang dan memberikan hadiah kepadanya 30 ringgit sebulan . Allahu Allah, lihatlah berkat beliau memberi 2 sen kepada seorang pecuri beliau di balas Allah 30 ringgit sebulan, tentunya nilai tersebut tinggi ketika itu..berkat beliau menolong dan belas kasihkan seorang pencuri……inilah sifat2nya seorang wali dan kelak anak2nya pun menjadi wali, sifat kasih dan cintakan umat Saidina Muhammad Rasullullah S.A.W…Allahu Allah

Banyak lagi cerita mengenai kewalian dan kekeramatan Habib Nuh yang tidak boleh diragukan lagi kewalian beliau… untuk mengetahui lebih mengenai cerita Habib Nuh sila ke link:

Habib Nuh Al Habsyi


Di sini hamba siarkan gambar2 makam Habib Nuh, ihsan dari seorang sahabat hamba yang telah menyertai rombongan ke Singapura untuk menghadiri Majlis Hol Habib Muhammad Bin Salim Bin Ahmad Al-Attas di Masjid Ba’alawi,Singapura, kelolaan Al-Jenderami Tours pada 14, 15, & 16 April 2010..semoga Allah berkati beliau dan keluarga beliau..Amin










Ya Allah jangan kau haramkan kami dari menziarahi, mendapingi Kekasih-Kekasihmu, semoga dengan berkah mereka kau redailah kami, kau berkatilah kami, kau rahmatilah kami..Amin

Saturday, March 20, 2010

Yang Maha Mencintai....


Ar-Rahman, Ar-Rahim....Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang....Kalimah atau nama Allah yang biasa disebut didalam setiap hal perbuatan yg kita lakukan, tapi kekadang tu kita tak menghayati akan nama-nama Allah ini....sesungguhnya Dia lah yang Maha Penyayang kepada hamba-hambanya tak kira sama ada beriman atau tidak. Dengan sifatnya yang Maha Menyayangi dan Maha Mencintai inilah kita di beri segala macam nikmat. Yang mana kalau hendak dihitung nikmat Allah yang diberi tidak akan ada satu manusia pun yang sanggup menghitungnya. Kecintaan Allah kepada kita melebihi segalanya, melebihi kecintaan seorang ibu kepada anak,melebihi kecintaan seorang seorang kekasih kepada kekasihnya, malah Dia lah yang menciptakan perasaan cinta itu sendiri..Dia lah Yang Maha Menyintai..

Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari...Pada suatu hari Rasulullah berjalan bersama para sahabatnya, tiba2 ternampak seorang anak kecil menangis mencari2 ibunya yang hilang, Rasulallah dan para sahabat kasihan melihat anak kecil itu dan bertanya “ Anak siapakah ini? ”, kemudian didalam teriakan anak kecil ini datang seorang wanita berkata “ Anak ku, anak ku” ibu ini dalam keadaan menangis terus memeluk anak kecil itu, gembira hatinya tidak terperi dapat bertemu kembali anak kesayangannya.

Ya...ibu mana yang tidak menangis jika anaknya hilang, demi kasih sayang seorang ibu mungkin saja ibu ini akan menangis hingga ke akhir hayatnya jika anak tidak dijumpai,

maka para sahabat sangat tersentuh jiwa mereka melihat kejadian tersebut, maka Rasulallah bertanya, “Mengapa kalian menangis?, jawab para sahabat “ Kami sangat tersentuh melihat betapa kasih dan cintanya ibu ini kepada anaknya”,kemudian Rasulullah berkata "Allah lebih cinta dan sayang kepada hambanya lebih dari cinta ibu kepada anaknya" kemudian Rasulullah bertanya kepada para sahabat, adakah dengan kasih sayang ibu kepada anaknya sanggup seorang ibu itu mencampakkan anaknya ke dalam api?, jawab para sahabat ,mustahil wahai Rasulullah.

Ya....manakan sanggup seorang ibu tergamak berbuat demikian, sedangkan jika seorang anak itu hanya lapar sekalipun pasti ibunya tak sanggup melihat, jika sakit seorang anak itu maka akan sakit juga ibunya, jika seorang anak dalam kesusahan dan kesulitan ibunya sanggup berkorban jiwa dan raga demi kasihnya kepada anak.....


kemudian kata Rasulullah, “Demikian pula Allah kepada hamba – hambaNya yang dicintai-Nya, akan selalu dibela oleh Allah”....

Lihatlah betapa Allah Maha Menyayangi hambanya lebih dari kasihnya seorang ibu, cubalah kita renungkan kisah ini, bagaimana kasihnya ibu kita mendidik dan membesarkan kita, betapa sabarnya ibu terhadap kenakalan dan kedegilan kita....adakah kita boleh menyakiti hati atau derhaka kepada ibu kita, atau tidak mendengar kata ibu kita, sudah pasti tidak, demi luhur dan sucinya kasih sayang ibu kepada kita,wajib kita taat,.... Oleh itu demi Maha Kasih dan Maha Cintanya Allah kepada kita sebagai hamba, kita sepatutnya lebih2 lagi tidak boleh menderhakai Allah, tidak sepatutnya kita berada dalam maksiat walau sedetik.... Lihatlah demi cintaNya kepada kita, Allah tak sanggup memasukkan kita ke dalam api neraka, tetapi kerana kita yang mezalimi diri kita sendiri, kita yang selalu berada dalam kemaksiatan, maka kita akan mendapat balasan setimpal.....Maka marilah kita sama2 meraih dan menyambut cintaNya dan kasihNya dengan meninggalkan laranganNya dan mengamalkan suruhanNya, sentiasa kita bertaubat diatas segala perbuatan kita. Menambahkan kecintaan kita kepada Yang Maha Mencintai.....

Guru mulia kita Al Musnid Al Habib Umar bin Hafidz di dalam kitabnya Taujiihunnabiih Limardhaati Baariih, meriwayatkan salah satu atsaar yang mana Allah swt berfirman :

“Wahai Daud : Sendainya orang-orang yg berpaling dari-Ku mengetahui kerinduan-Ku atas kembalinya mereka, dan cinta-Ku akan taubatnya mereka, dan besarnya sambutanku atas kembalinya mereka pada keridhoan Ku, niscaya mereka akan terbang karena rindunya mereka kepada-Ku. Wahai Daud, demikianlah cinta-Ku kepada orang-orang yg berpaling dari Ku (jika mereka ingin kembali), maka bagaimanakah cinta-Ku kepada orang-orang yg datang (mencintai dan menjawab cinta Allah ) kepada-Ku?”

Kalau para pendosa yang selalu menghindar dan berpaling dari Allah itu mengetahui rindu Allah terhadap kembalinya mereka kepadaNya, dan cinta Allah akan taubat mereka jika mereka mau bertaubat, serta besarnya semangat sambutan Allah jika mereka mau kembali kepada Allah, mereka akan terbang dari rindunya kepada Allah, karena mereka tidak tahan menahan rindu, betapa indahnya cinta Allah untuk mereka yang berpaling dari Allah. Maka Allah meneruskan firmanNya :

Wahai Daud, inilah semangat dan keinginan kasih sayangKu kepada mereka pendosa, mereka yang selalu berpaling dariKu agar mereka kembali kepadaKu, maka bagaimana cintaKu kepada mereka yang selalu datang dan mendekat kepadaKu?
Renungi kalimat terakhir ini, renungkan kalimat agung ini…..


p/s : Ya Allah...ampunilah kami yang penuh dengan dosa ini, setiap detik kami bergelumang dengan dosa....Kau tambahkanlah kecintaan kami pada Mu dan pada Rasul Mu melebihi segalanya....amin

Majlis Maulidur Rasul di Pusat Pengajian Ba'alawi 14 Rabiul Awwal/28 Feb 2010









Sahabat Hamba,Semoga Allah berkati beliau

Majlis Maulidur Rasul di Masjid Al-Falah 11 Rabiul Awwal/25 Feb 2010









Tuesday, February 23, 2010

SYEIKH AHMAD FAHMI BERSAMA KUMPULAN HADRAHNYA (AHBABUL MUSTHAFA)

Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam dan Ahbabul Mushthafa (dari Banjarmasin) akan berada di tempat-tempat berikut untuk Majlis Sambutan Maulidurrasul

11 Rabiulawaal 1431/25 Februari 2010 (Khamis)
• Di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
(Untuk mendapatkan atucara majlis, sila rujuk blog Masjid al-Falah)

12 Rabiulawwal 1431/26 Februari 2010 (Jum'at)
• Di Masjid asy-Syabab, Institut Kemahiran Belia
Negara,Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat. Majlis selepas shalat Maghrib

14 Rabiulawwal 1431/28 Februari 2010 (Ahad)
• Di Madrasah an-Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3
Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Majlis bermula jam 11.30 pagi

• Di Pusat Pengajian Baalawi, No.9, Jalan UP2A ,Prima Ukay, Kemensah.
Majlis bermula selepas asar

15 Rabiulawwal 1431/1 Mac 2010 (Isnin)
• Di Kuala Tekal Temerloh


16 Rabiulawwal 1431/2 Mac 2010 (Selasa)
• Di Dewan Majlis Daerah Temerloh. Jam 9.00 pagi

• Di Dewan Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani
Jalan Batu Geliga 1, Taman Melewar, Kuala Lumpur


20 Rabiulawaal 1431/6 Mac 2010 (Sabtu)
• Di Kompleks Madrasah Islamiyyah Al-Jenderami
Aturcara majlis boleh dirujuk di Blog Yayasan al-Jenderami



21 Rabiulawwal 1431/7 Mac 2010 (Ahad)
• Di Pusat Pengajian Sirajul Munir, Desa Vista Sepang /di Masjid Bandar Baru
Salak Tinggi Majlis bermula jam 9.00 pagi

• Surau Kota Warisan,Dengkil,Sepang selepas Maghrib


-sumber http://majlisilmu.blogspot.com/

Maulidurasul 1431

Marhaban…Ya Nurul Aini..Marhaban..Jadal Husaini..

Alhamdulilah sebagai entri pertama hamba…hamba ingin mengiklankan majlis-majlis sambutan maulidurasul untuk tahun 1431 di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh tanah air, kita patut rasa sangat2 bersyukur kerana kemeriahan majlis sambutan ini amat2 mengalakkan, ini membuktikan kecintaan kita kepada penghulu kita yg sangat2 kita cintai Rasulullah s.a.w, walaupun ada sesetengah pihak yg tak nak sambut sampai sanggup menghukumkan dengan hukum yg mcm2, kita biarkan mereka dengan hukum-hakam mereka, kita yg nak sambut ni biarlah bersungguh2 dan bersemangat tambahkan kecintaan kita dan kerinduan kita kepada kekasih kita...Rasulullah s.a.w, semoga dengan bertambahnya kasih dan cinta kita kepada kekasih kita Rasulallah s.a.w akan bertambahlah kedekatan kita dengan Allah s.w.t kerana sesungguhnya Rasulullah lah wasilah yang paling agung untuk kita bertaqarrub kepada Allah s.w.t..insyaallah



Kepada para pecinta2 rasul apa lagi…pasanglah niat awal2 untuk menghadiri majlis-majlis yg berkah ni..kalau boleh kita hadirkan diri untuk semua majlis sekali, banyak ulama2 yg turut hadir dan kita mengambil peluang ni untuk mengambil kata2 mutiara dari para ulama juga mengambil berkah ulama2 yang sentiasa di jalan Rasulullah s.a.w.

-sumber poster http://majlisilmu.blogspot.com/

Salam Pengenalan

Assalamulaikum w.b.t, Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w pembawa cahaya keseluruh alam…

Alhamdulillah, dengan kurniaNya hamba yang faqir ini dapat memanfaatkan dunia alam maya (cyber) dalam berkongsi sedikit nukilan rasa hati…juga sedikit perjalanan hidup hamba yang boleh dijadikan rujukan untuk isteri tersayang serta para zuriat hamba kelak insyaallah…juga perkongsian ilmu-ilmu yg bermanfaat di dunia dan di akhirat, walaupun sebenarnya hamba ini sangat lemah dan kurangnya ilmu di dada…usaha kecil ini juga di dorong oleh isteri tersayang dan tak lupa dari seorang sahabat hamba…
Diharap saudara dan saudari yang melayari blog ini dapatlah mengambil faedah dan juga tak lupa memberi nasihat kepada hamba ini….akhir salam pengenalan hamba ingin memohon kemaafan terlebih dahulu sekiranya terdapat kesilapan atau menyinggung perasaan saudara pengunjung blog ini kerana itu semua adalah kelemahan, kedhoifan dan kejahilan hamba ini…

Bersempena sambutan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w yang dicintai hamba mulakan blog ini dan semoga beroleh keberkatan…

Ya Allah ku mohon hidayah dan taufik Mu, semoga Kau berkati usaha kecil hamba Mu yang hina ini..amin